Pemenang Wajah Terhodoh Mahu Jadi Model Iklan

on 27 Jun 2012

Pemenang Wajah Terhodoh, zimbabwe, william masvinu,  siapa, hasrat, nak jadi, ingin, muka istimewa, sebab rendah diri, pertandingan, tinggal, menginap, hotel mewah, tewas, baucar, wang tunai, hadiah, lapar, penganjur, ratu cantik, ada hati, lelaki paling hodoh, terhodoh

ZIMBABWE - Pemenang wajah terhodoh di Zimbabwe, menyimpan hasrat menjadi terkenal dan kaya selepas memenangi pertandingan itu, dua bulan lalu.

William Masvinu, 38, dari bandar Mbare berharap kemenangannya itu dapat memberi peluang untuknya menjadi model iklan sekali gus keluar dari belenggu kemiskinan.

“Saya berbangga dikurniakan wajah hodoh, muka saya membuatkan saya istimewa dan tiada sebab untuk berasa rendah diri,” katanya.

Ketika pertandingan itu, beliau meraih wang AS$100 (RM320) dan menginap di hotel mewah selepas menewaskan empat lelaki lain.

“Saya telah menukar baucar itu kepada tunai untuk membeli makanan kerana tiada sebab untuk menginap di hotel mewah sedangkan terpaksa berlapar, “ katanya.

Menurut penganjur, pertandingan itu dibuat sebagai cara baru menghiburkan penonton kerana selama ini Zimbabwe sering menjadi tuan rumah untuk pertandingan ratu cantik konvensional. [sumber]
Ranking: 5

Facebook Comment

Blogger Comment

{ 0 comments... read them below or add one }

 
© Yummy Info! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO