Amat pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang hensem itu, lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Amat pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.
Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya. Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.
Amat pun menunaikan sembahyang solat berjemaah itu. Semasa para jemaah rukuk termasuk Amat sekali, tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya. Risau bila fikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu, Amat pun berbisik kepada orang dihadapannya....
Amat: "jangan ambik duit aku tu, aku nak buat tambang balik nanti" lalu orang itu pun menjawab…
"Alah, setakat 50 sen aku tak heran la, tak der sape nak ambik duit kau tu". Lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam solat dan dia pun berkata…
"eh korang ni, dalam solat mana boleh bercakap!" Selepas itu, ada seorang lagi menyampuk...
"Yang kau bercakap tu aper?"
Sudah terang-terangan, solat mereka semua tidak sah. Semuanya akibat duit syiling 50 sen. Kesimpulannya, jangan bercakap sewaktu tengah bersolat ye.. hehe [sumber]
Facebook Comment
Blogger Comment
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment