Wajarkah Suami Teman Isteri Bersalin?

on 30 Jun 2012


Zaman sekarang ni, sudah banyak hospital yang membenarkan suami menemani isteri bersalin. Tapi, sejauh mana kewajaran situasi ini?

Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?

1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.

5. Lebih menghargai keluarga
Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri

Jadi, kaum Adam sekalian, yang telah bergelar suami, adakah anda menemani isteri anda ketika bersalin?
Apa perasaaan anda? (sumber)
Tag :

Kelibat Buaya Miri Menakutkan

gambar, foto, buaya besar, buaya, miri, sarawak, tembaga, panjang saiz, dua meter, ancaman, bahaya, mangsa, keselamatan, jejas, takut, serangan reptilia

MIRI – Penduduk Kampung Pujut Corner di sini hidup dalam ketakutan berikutan kemunculan dua ekor buaya tembaga sepanjang dua meter di Sungai Adong sejak kelmarin.

Walaupun reptilia tersebut setakat ini belum mendatangkan ancaman kepada penduduk, mereka tetap bimbang kerana sungai itu kerap digunakan oleh penduduk untuk aktiviti harian.

Seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Voong, 56, berkata, dua ekor buaya tersebut sering berjemur di tepi pasir landai di tepi sungai berkenaan.

“Kita bimbang dengan keselamatan penduduk kampung khususnya kanak-kanak yang sering bermain dan mandi-manda di sungai tersebut.

“Jika buaya-buaya itu tidak ditangkap, selagi itulah penduduk hidup dalam ketakutan dan dan saya bimbang ada yang menjadi mangsa serangan reptilia itu,” katanya di sini kelmarin.

Jelasnya, kemunculan buaya di sungai itu bukanlah kali pertama berlaku kerana ia pernah dilihat tahun lalu. [sumber]
Tag :

Keringnya Tasik Galilee, Turunnya Imam Mahdi Dan Nabi Isa

on 29 Jun 2012


Apakah kaitannya Tasik Galilei dan kedatangan turunnya Nabi Isa dan Imam Mahdi?

Ada beberapa pertanda yang menunjukkan ke arah itu. Di antaranya ialah Nabi s.a.w telah bersabda berkaitan dengan pengalaman sahabat Tamim Ad-Dari ra yang belayar dengan rakan-rakan beliau dan terbabas di sebuah pulau. Selepas mereka bertemu makhluk hodoh yang memperkenalkan dirinya sebagai pengintip, mereka telah bertemu dengan makhluk berbadan besar yang memperkenalkan dirinya sebagai Dajal), “.. Dajal berkata: ‘Beritahu aku tentang pohon-pohon tamar di Baisan, adakah ia masih berbuah?’ Kami berkata: ‘Ya’. Berkata Dajal: ‘Tidak lama lagi ia tidak akan berbuah’. Dajal bertanya lagi: ‘Bagaimana dengan Tasik Tiberia, adakah masih dipenuhi air?’ Kami menjawab: ‘Ya, ia masih dipenuhi air’. Dajal berkata: ‘Tidak lama lagi airnya akan kering'..(Riwayat Imam Muslim dalam Sahih Muslim)

Hadis ini memberitahu saya dan anda semua bahawa bila keringnya tasik ini, maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikan lah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda2 besar. Menjadi kerisauan saya sekarang ialah, tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi, dan 9 tahun telah pun berlalu.

Anda semua harus beringat. Bila tasik ini kering, maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi, membantu Imam Mahdi dan memburu Dajjal ke seluruh pelusuk bumi.

Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya. Mengikut kajian sains, tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasarnya. Ketika itulah Nabi Isa akan turun.

Dan anda semua kena faham, sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses2 untuk menjadi Asbab perlunya baginda turun, Asbab itu mestilah terjadi, ini bermakna wahai tuan2.

Proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:

- Tasik Galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari.

- Ini bermakna sistem dajal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajal muncul dengan sempurna)

- Bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita

- Anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda tampan dari timur itu dilantik menjadi imam mahdi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun.

- dan ini bermakna, adalah amat saya yakini, bahawasanya, pemimpin tampan dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita, samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti.

Ingatlah saudara-saudaraku...

Mereka ber-3 akan muncul selang silih sahaja dan mereka ber-3 berkongsi gelaran yang sama, mereka bertiga adalah manusia belaka. Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang, sedangkan 1 dari mereka bertiga berumur pendek tapi dapat meminpin dunia.

Ketahuilah mereka bertiga ialah:

- Al Masih Imam Mahdi

- Al Masih Dajjal

- Al Masih Isa

Sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini). Percayalah, dalam tempoh 50 tahun ini sahaja semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda, samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu,

Ketahuilah Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi dan proses pengeringan ini amat dasyat sehingga yahudi2 di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras tasik Galilee ini. 9 tahun sudah pun berlalu, ada baki lagi 41 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi dan anda harus ingat...!!!

Ketahuilah,

Kita ada tak sampai 41 tahun sahaja lagi sebelum tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 41 tahun lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini.

Sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita. Dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi, dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di keliling kita, menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar.

Dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa, dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan. Sekali lagi saya ingatkan anda hanya ada 41 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar. Bila 1 tanda besar keluar, maka lengkaplah semua tanda-tanda kecil. Bila 1 tanda besar keluar, akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu.

Dan ingatlah wahai Muslimin,

Doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman. Dari susur galur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad. Dari susur galur Nabi Muhammad saw lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tidak tahu bahawa dia adalah bakal Imam Mahdi. Di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad kerana mereka berdua dari keturunan yang sama. Sedangkan Mahdi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat. Carilah balik doa Nabi Ibrahim itu (ada dalam Alquran) dan kerana itulah, solat 5 Waktu di tahiyat akhir akan selalu kita bacakan nama-nama Nabi itu. [sumber]
Tag : ,

Berita Lanjut: Osman Kering Meninggal Dunia

Marilah sama-sama kita sedekahkanlah Al-Fatihah kepada Osman Kering yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 3.45 petang tadi. Menurut status Facebook milik anak Allahyarham, jenazah Osman Kering akan dibawa ke Masjid Al Nijihin Sri Permaisuri pada jam 5.30 petang untuk urusan pengebumian.


Osman Kering yang berumur 58 tahun telah dimasukkan ke HUKM pada 11 Jun lalu selepas mengalami batuk berdarah di rumahnya. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin ~ (sumber)
Tag :

WOW! Apabila 2 Orang Petani Membawa 5 Ribu Itik Bersiar-siar (4 Gambar)

Dua orang petani daripada bandar Taizhou, wilayah Zhejiang, China menyebabkan lalu lintas sebuah jalan tersekat lama. Ini kerana mereka berdua membawa sebanyak 5000 ekor itik untuk dibawa ke sebuah tasik berdekatan.

Petani yang dinamakan sebagai Hong bersama seorang lagi rakannya hanya menggunakan batang rotan untuk mengawal ribuan ekor itik ini dan beliau mendakwa tiada seekor itik pun yang hilang semasa proses pemindahan tersebut. Itik-itik yang berdisiplin. Haha. [sumber]







Tag :

Pemenang Wajah Terhodoh Mahu Jadi Model Iklan

on 27 Jun 2012

Pemenang Wajah Terhodoh, zimbabwe, william masvinu,  siapa, hasrat, nak jadi, ingin, muka istimewa, sebab rendah diri, pertandingan, tinggal, menginap, hotel mewah, tewas, baucar, wang tunai, hadiah, lapar, penganjur, ratu cantik, ada hati, lelaki paling hodoh, terhodoh

ZIMBABWE - Pemenang wajah terhodoh di Zimbabwe, menyimpan hasrat menjadi terkenal dan kaya selepas memenangi pertandingan itu, dua bulan lalu.

William Masvinu, 38, dari bandar Mbare berharap kemenangannya itu dapat memberi peluang untuknya menjadi model iklan sekali gus keluar dari belenggu kemiskinan.

“Saya berbangga dikurniakan wajah hodoh, muka saya membuatkan saya istimewa dan tiada sebab untuk berasa rendah diri,” katanya.

Ketika pertandingan itu, beliau meraih wang AS$100 (RM320) dan menginap di hotel mewah selepas menewaskan empat lelaki lain.

“Saya telah menukar baucar itu kepada tunai untuk membeli makanan kerana tiada sebab untuk menginap di hotel mewah sedangkan terpaksa berlapar, “ katanya.

Menurut penganjur, pertandingan itu dibuat sebagai cara baru menghiburkan penonton kerana selama ini Zimbabwe sering menjadi tuan rumah untuk pertandingan ratu cantik konvensional. [sumber]
Tag :

Menakjubkan: Gunung Dengan Puncak Gunung yang Rata (4 Gambar)

Tepui atau Tepuy bermaksud 'rumah tuhan' dalam bahasa asli kaum Pemon. Ianya merujuk kepada pergunungan yang mempunyai puncak rata yang terletak di tanah tinggi Guiana, benua Amerika Selatan.

Gunung Roraima atau dikenali sebagai Tepuy Roraima adalah gunung yang tertinggi diantara pergunungan tersebut. Mempunyai keluasan puncak yang rata seluas 31 kilometer persegi, gunung ini terletak di sempadan antara tiga negara iaitu Venezuela, Brazil dan Guyana.

Di bawah ini adalah gambar puncak tertinggi Gunung Roraima, ianya dipanggil Maverick Rock terletak di dalam sempadan Vaneuzela dengan ketinggian 2810 meter dari paras laut. Tidak sangka, wujud juga tempat yang begitu menakjubkan seperti ini.









SubhanAllah! Kuasa Allah yang Maha Menjadikan! [sumber]
Tag : ,

Kreatif: Membuat Penyapu Menggunakan Botol Plastik

Gambar di bawah ini adalah gambar-gambar bagaimana mengitar semula botol air plastik menjadi sebatang penyapu. Ianya senang dibuat dan sangat praktikal digunakan untuk menyapu sampah di atas tanah terutamanya di kawasan kampung atau kawasan sekolah. Anda mungkin boleh tolong sebarkan idea ini kepada orang lain untuk manfaat bersama.

Untuk melihat setiap arahan dengan lebih jelas, mungkin anda boleh ke laman web asal, tetapi jangan lupa untuk menggunakan google translate karana ianya dalam bahasa Portugis. hehe. Tapi tengok gambar pun mesti dah faham kan. [sumber]

Tag : ,

Pemain Bola Fulham Peluk Islam

on 26 Jun 2012

kisah peluk islam, benar, pemain bola, fulham, masuk, anut, professional swiss, kelab, bola sepak, british, kebenaran, mengucap kalimah shahadah, pusat islam, dakwah, gambar, minat, buku agama, padang bola, paderi, bukan, agama dunia

LONDON: Pemain bola profesional Swiss yang kini bermain dengan kelab bola sepak British Fulham, Philippe Senderos telah memeluk Islam, lapor PressTV.

Senderos mengucap dua kalimah Syahadah di Pusat Islam, bandaraya Menchester, sebuah pusat dakwah Islam.

Philippe Senderos (gambar atas kanan), sebelum ini bermain dengan Arsenal, kini adalah salah seorang pemain negaranya, Switzerland.

Senderos, seorang pelajar theology, telah menunjukkan minatnya kepada Islam dengan banyak menghabiskan masa membaca buku-buku agama di luar padang bola.

"Saya sangat minat dengan agama-agama di dunia dan banyak membaca buku-buku mengenai," kata Senderos dalam satu wawancara dengan Majalah Arsenal.

"Jika saya bukan pemain bola, bola jadi saya sudah menjadi paderi," tambahnya. [sumber]
Tag :

Punca Berlakunya Awan Pelik di Kota Kinabalu Didedahkan

on 25 Jun 2012

Berikut merupakan beberapa siri gambar pergerakan awan pelik yang mencetuskan rasa hairan di Malaysia pada ketika ini. Fenomena awan pelik ini sebahagian besarnya berlaku di seluruh kawasan Pantai Barat Sabah. Menurut saksi yang merakamkan imej tersebut, Awan pelik terbentuk pada pagi 12 Jun 2012. Ketika gambar diambil, cuaca stabil tanpa angin dan hujan. Namun begitu, menjelang tengahari, ribut kencang berserta hujan melanda seluruh kawasan Pantai Barat Sabah.

Punca kejadian adalah dipercayai daripada taufan yang sedang melanda Filipina. Taufan yang kedua sedang menuju ke arah negara Filipina berkemungkinan besar menjadi penyebab kepada berlakunya kejadian awan pelik di bahagian Pantai Barat Sabah. [sumber]

fenomena pelik, gambar awan bentuk tsunami, koleksi, cuaca, pantai barat sabah, menarik, terbaru, cantik, taufan

fenomena pelik, gambar awan bentuk tsunami, koleksi, cuaca, pantai barat sabah, menarik, terbaru, cantik, taufan

fenomena pelik, gambar awan bentuk tsunami, koleksi, cuaca, pantai barat sabah, menarik, terbaru, cantik, taufan
Tag :

Saintis Akui Cara Tidur Rasulullah Baik Untuk Kesihatan


Orang dewasa memerlukan masa tidur selama enam hingga lapan jam sehari. Bagi kanak-kanak pula memerlukan masa tidur yang lebih panjang. Lain pula bagi golongan veteran yang mencapai usia emas, pola tidur mereka adalah antara empat hingga lima jam sehari.

Amalan tidur membantu untuk memberi keselesaan. Sebelum tidur pastikan diri dalam keadaan bersih dan disarankan mengambil wuduk supaya diri berasa semangat mahu tidur dan keadaan yang bersih disukai Allah.

Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Berusahalah menjaga adab tidur, elakkan kaki bersilang atau tertiarap dan mengangkat punggung. Tutuplah aurat dan tidurlah di tempat yang terselamat daripada bahaya serta kekotoran.

Berwuduklah sebelum tidur

“Nabi melihat seorang lelaki tidur sambil meniarap, lantas beliau berkata: Inilah cara berbaring yang dibenci Allah.”(Hadis riwayat Tarmizi)

Sabda Baginda SAW bermaksud: “Apabila kamu mahu tidur ambil wuduk dulu seperti kamu mahu sembahyang, kemudian baringlah di sebelah kanan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Jauhkan diri daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan wajah jadi kusam, keruh, lembap dan mengurangkan rezeki.
Ibn Qaiyim merumuskan bahawa Nabi SAW tidak tidur dalam kekenyangan. Beliau berbaring berlapikkan bantal, mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah, sehingga tidur.

Nabi Muhammad SAW suka tidur mengiring ke sebelah kanan. Baginda SAW tidur berlapikkan bantal yang sesuai dan membenci tidur secara meniarap. Ucapan memuji Allah sering diucap pada bibir.

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher.

Jangan tidur atas pokok

Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher.

Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda.

Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar.

Itu adalah cara tidur sebaiknya diamalkan sambil berzikir memohon kebaikan serta kesejahteraan daripada Allah. Cara lain ialah membaca surah digalakkan seperti al-Fatihah, ayat Kursi, tiga ‘Kul’ dan doa sebelum tidur bagi mengelak gangguan. [sumber]
Tag :

Misi Nabi Isa Di Akhir Zaman


Masih ramai umat Islam yang tidak tahu bahawa salah satu ajaran Islam ialah meyakini bakal turunnya kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam menjelang datangnya Hari Kiamat di akhir zaman. Malah ada yang mengingkarinya dengan alasan bahawa ini merupakan ajaran kaum Nasrani yang telah disusupkan ke dalam ajaran Islam.

Padahal terdapat cukup banyak hadis sahih dari Nabi Muhammad saw yang membenarkan bakal turunnya kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam. Apa yang akan beliau lakukan ketika beliau kembali ke dunia turun dari langit? Apakah misi beliau kelak di akhir zaman nanti?

Suatu perkara yang pasti, kedatangan kembali Nabi Isa ‘alaihis-salam kelak bukanlah untuk membawa ajaran baru, apalagi membenarkan ajaran Nasrani alias Kristian. Justeru kehadiran beliau kelak adalah untuk membenarkan dan mengukuhkan ajaran yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad saw iaitu ajaran dienullah Al-Islam.

Nabi Isa ‘alaihis-salam malah akan mengajak kaum Yahudi dan Nasrani (baca: Ahli Kitab) untuk masuk Islam. Dan ajakan beliau ini akan menjadi kesempatan terakhir bagi Ahli Kitab untuk bertaubat.

Bila mereka menyambut baik ajakan beliau, maka mereka bakal diperlakukan sebagai saudara seiman Nabi Isa ‘alaihis-salam dan segenap kaum muslimin. Namun bila mereka menolak, maka Isa ‘alaihis-salam berhak untuk membunuh mereka.

Dari Abu Hurairah bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak ada Nabi antara aku dan dia -maksudnya Isa-. Sungguh, kelak ia akan turun, jika kalian melihatnya maka kenalilah. Ia adalah seorang laki-laki yang sedang (tidak tinggi ataupun pendek), berkulit merah keputih-putihan, mengenakan kain berwarna kekuningan. Seakan rambut kepala berair walaupun tidak basah. Ia akan memerangi manusia hingga mereka masuk ke dalam Islam, ia memecahkan salib, membunuh babi dan membebaskan jizyah (pajak). Pada masanya Allah akan membinasakan semua agama selain Islam, Isa akan membunuh Dajjal, dan akan tinggal di dunia selama empat puluh tahun. Setelah itu ia meninggal dan kaum muslimin menshalatinya.” (ABUDAUD – 3766)

MEMERANGI MANUSIA DAJJAL
Di samping itu, Nabi Isa ‘alaihis-salam juga ditugaskan untuk membantu Al-Mahdi (pemimpin ummat Islam di Akhir Zaman) untuk memerangi puncak fitnah (ujian), iaitu Fitnah Ad-Dajjal. Malah berdasarkan hadis sahih di atas Nabi Isa ‘alaihis salam bakal memerangi segenap manusia demi tegaknya ajaran Al-Islam. Sehingga dengan izin Allah swt segenap manusia bakal memeluk agama Islam sehingga dihapuskannya kewajiban membayar jizyah (pajak yang dikenakan khusus kepada kaum bukan Islam yang hidup di bawah pemerintahan Islam).

MENGHANCURKAN SALIB
Selain itu Nabi Isa ‘alaihis-salam juga bertugas memecahkan salib. Mengapa? Kerana salib telah menjadi fitnah bagi kaum Nasrani yang meyakini bahawa Isa telah mati disalib, padahal sejak lima belas abad yang lalu Al-Qur’an telah menjelaskan bahawa Nabi Isa ‘alaihis-salam tidaklah mati di tiang salib. Tetapi ada seorang lelaki yang diserupakan wajahnya dengan beliau yang telah mati di tiang salib tersebut. (QS An-Nisa 157)

Lalu kemana perginya Nabiyullah Isa ‘alaihi-salam pada masa kejadian itu? Kembali Al-Qur’an menjelaskan dengan jelas: “Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS An-Nisa 158)

Jadi, apa yang telah dialami Nabiyullah Isa ‘alahis-salam mirip dengan apa yang telah dialami Nabiyullah Muhammad pada masa malam Isra wal-Mi’raj. Perbezaannya hanyalah bahawa pada malam itu Nabi Muhammad di-Mi’raj-kan oleh Allah hanya satu malam, berangkat lepas Isya dan kembali menjelang Fajar. Sedangkan Nabi Isa ‘alahis-salam di-Mi’rajkan oleh Allah ribuan tahun yang lalu dan hingga sekarang belum diturunkan kembali ke bumi ini.

Beliau hanya akan turun ketika Allah taqdirkan beliau turun, iaitu pada masa terjadinya huru-hara akhir zaman ketika sudah diutusnya Al-Mahdi (pemimpin ummat Islam) ke tengah-tengah umat manusia dan keluarnya Ad-Dajjal (puncak fitnah pembawa kekacauan, kesesatan dan kerosakan). Apakah perkara seperti ini mustahil dilakukan oleh Allah ? Sudah tentu tidak. Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

MEMBUNUH SEMUA BABI
Selain itu Nabi Muhammad saw juga mengatakan bahawa Nabi Isa ‘alaihis-salam bakal turun kelak untuk membunuh babi. Mengapa demikian? Kerana babi telah menjadi fitnah bagi kaum Nasrani yang meyakni bahawa babi merupakan haiwan yang halal dimakan, sedangkan Islam telah mengharamkannya malah memandangnya sebagai haiwan menjijikkan yang mengandungi najis berat.

Namun di bawah peradaban moden -yang dipimpin oleh peradaban barat yang didominasi oleh nilai-nilai masyarakat Kristian- maka sekarang ini babi bukan sahaja dipandang halal, tetapi ia telah dianggap sebagai haiwan yang lucu dan oleh kerananya manusia sangat akrabdengannya. Cuba lihat berbagai filem kartun barat bagaimana mereka menjadikan babi sebagai binatang yang cute, friendly and kind (manis, bersahabat dan baik hati). Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun.

“Katakanlah: “Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, kerana sesungguhnya semua itu kotor.” (AL-An’aam145)

Sesudah memenuhi segenap tugasnya, maka damailah dunia dengan tegaknya keadilan berdasarkan dienullah Al-Islam dan kesejahteraan dinikmati segenap manusia hingga tidak ada lagi yang boleh bersedekah kerana tidak ada orang yang perlu dengan sedekah. Semua orang telah mencapai kekayaan hatinya.

Abu Hurairah radliallahu ‘anhu berkata; Bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Demi Dzat yang jiwaku dalam genggamanNya, sungguh tiada lama lagi akan segera turun Ibnu Maryam (Isa Alaihissalam) yang akan menjadi hakim yang adil, menghancurkan salib, membunuh babi, membebaskan jizyah dan harta benda melimpa ruah sehingga tidak ada seorangpun yang mahu menerimanya”.(BUKHARI – 2070)

“Bersedakahlah kalian, kerana akan datang masa di mana seorang membawa sedekahnya namun tidak menemui orang yang mahu menerimanya. Orang yang akan diberikan berkata: ”Seandainya kamu datang kemarin, niscaya aku mahu menerimanya, sekarang aku sudah tidak perlu lagi.” (HR Bukhary)

Kemudian Nabi Isa ‘alahis-salam akan tinggal di dunia sehingga tibalah masa ajalnya dimana beliau kemudian disolatkan oleh kaum muslimin.
Ya Allah, limpahkanlah salawat dan salam-Mu kepada Nabi Muhammad dan segenap Nabi-Nabi-Mu yang lainnya, khususnya Nabiyullah Isa ‘alaihis-salam. Dan kumpulkanlah kami kelak bersama mereka di akhirat di dalam jannah-Mu. Amiin ya Rabbal ‘aalamiin. [sumber]
Tag : ,

GAMBAR Terbaru Nik Aziz Yang SIMPLE & STEADY! CECAH 23K LIKE Di FACEBOOK Dalam SEHARI!

on 24 Jun 2012

GAMBAR Terbaru Nik Aziz Yang SIMPLE & STEADY! CECAH 23K 'LIKE' DI FACEBOOK Sejak Di Publish Semalam!

Caption: Membeli air minuman seusai kuliah di medan ilmu...

Speechless. Itu yang mampu Zam katakan. Memetik kata2 seseorang di FB: "Wlaupun biase dimata dunia..tp hebat di mata hati.." [sumber]
Tag :

Watak Pokemon dalam Dunia Sebenar (9 Gambar)

Mari lihat bagaimanakah rupa pokemon jika makhluk ini wujud dalam dunia sebenar. Di bawah adalah beberapa siri manipulasi gambar. Kalau Pokemon difilemkan dengan jalan cerita dan watak yang lebih serius, aku rasa ianya bakal menjadi satu filem yang sangat epik. Kalaulah. Apapun, sila enjoy! [sumber]







Tag :

Design Kasut Adidas Cetus Kemarahan Orang Ramai (2 Gambar)

Kalau sebelum ini, Crocs dan Nike yang mendapat kecaman daripada masyarakat Islam kerana rekabentuk logo pada produk mereka menyentuh senstitviti agama. Sekarang giliran Adidas pula dikecam kerana mengeluarkan produk yang bersifat rasisme.

Rekabentuk kasut terbaru keluaran Adidas mencetuskan kontroversi kerana mempunyai dua gari plastik untuk pergelangan kaki yang mirip dengan gari yang digunakan dalam sistem perhambaan orang kulit gelap pada era kolonial.

Pihak Adidas mendapat kecaman daripada orang ramai yang mendakwa rekabentuk kasut ini menyinggung perasaan orang berketurunan kulit gelap. Apa pendapat anda mengenai rekabentuk kasut ini? [sumber]



Tag :

Youtube: Boboiboy Musim Kedua Episod Pertama

on 20 Jun 2012

Tag :

Tips dari Adibah Noor Untuk Fasih Berbahasa Inggeris


Penyanyi dan juga pengacara terkenal, Adibah Noor atau nama sebenar Adibah Noor binti Mohamed Omar berkongsi rahsia kepetahan beliau bercakap dalam bahasa Inggeris di setiap majlis yang diacarakan.

Ujar Adibah, beliau menyarankan agar setiap daripada kita harus pandai berbahasa Inggeris agar tidak tertinggal jauh oleh arus peredaran masa dan layak bergaul dengan golongan antarabangsa.

"Zaman sekarang tidak macam dahulu, arus permodenan pesat membangun dan banyak tenaga luar dan antarabangsa. Untuk menjadi negara global, kita harus fasih berbahasa Inggeris agar tidak kekok di kemudian hari."

Pelakon yang terkenal dengan filem pertama di bawah arahan Namawee, "Nasi Lemak 2.0" turut menyarankan agar mereka yang mahu untuk fasih berbahasa Inggeris harus selalu membaca surat khabar dan juga buku bahasa Inggeris dan fahami ayat yang ditulis.

"Saya telah dididik dari kecil lagi mengenai kepentingan bahasa Inggeris. Oleh yang demikian, bapa saya telah mendidik kami adik beradik supaya banyak membaca buku Inggeris."

"Jika untuk diri saya pula, saya akan pastikan meluangkan selama 10 minit untuk membaca keratan akhabar berbahasa Inggeris dan baca mengikut intonasi yang betul seperti kita dapat lihat di kaca televisyen. Secara automatik kita akan berani bercakap dan boleh bercakap di depan orang ramai."

Ujar Adibah lagi, program berbahasa Inggeris sekarang banyak menggunakan bahasa campuran yang tidak tepat dan ringkas, oleh yang demikian, Adibah menyarankan agar penonton menonton cerita yang berunsur ilmiah.

"Untuk kanak-kanak tidak sesuai jika kita biarkan mereka belajar bahasa Inggeris dengan memberi mereka program televisyen yang tidak kena seperti rancangan realiti televisyen yang memaparkan aktiviti tidak menarik dan sebagainya. Biarkan mereka menonton cerita seperti "Hi - 5" "Barney and Friends" dimana ia mampu membantu mereka dalam menguasi bahasa Inggeris kerana pengisian yang ada di dalam program TV tersebut berunsur ilmiah."

Dalam perkembangan lain, Adibah Noor telah meriliskan sebuah lagu solo duet bersama Sam Innuendo berjudul "Kesana Denganmu", dan akan muncul dalam filem "Pontianak vs Orang Minyak" arahan Afdlin Shauki yang dijangka menemui penonton pada tahun ini. [sumber]
Tag :

Kisah Benar: Sila Gunakan Internet Explorer Sahaja

on 19 Jun 2012

Tag :

Akibat Selalu Sangat Makan Maggi

on 18 Jun 2012

Tag :

Beza Perempuan Cantik dengan Perempuan yang PERASAN CANTIK

on 16 Jun 2012


Perempuan yang perasan cantik akan menggedik dengan lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan suka membuka auratnya,
Perempuan yang perasan cantik akan mula make up tebal-tebal,
Perempuan yang perasan cantik akan tunjuk semua gambarnya pada lelaki,
Perempuan yang perasan cantik akan merasakan dirinya paling ‘cute’,
Perempuan yang perasan cantik akan rasa diri dia paling ramai peminat.


Sedangkan HAKIKAT KECANTIKAN wanita ialah:

Muslimah yang cantik tidak akan menggedik dengan lelaki,
Muslimah yang cantik tidak akan membuka auratnya,
Muslimah yang cantik tidak perlu make up tebal-tebal,
Muslimah yang cantik tidak akan tunjuk wajahnya pada lelaki bukan mahram,
Muslimah yang cantik akan sentiasa rasa dirinya biasa-biasa saja,
Muslimah yang cantik akan merasa terhina apabila dirinya dikelilingi ‘kumbang’.

[sumber]
Tag : ,

Kejadian Aneh di Padang Golf Ketika Azan


Pelbagai pengalaman misteri uji keimanan insan sering terlalai ketika seruan azan berkumandang. Cerita di bawah adalah cerita yang agak lama juga. Tapi jika dibaca artikel ini menarik juga berkenaan perkara-perkara pelik di padang golf kerana tidak menghormati azan.

Sebenarnya apa yang lebih penting? Solatkah atau azan itu sendiri. Apa gunanya berhenti sebentar untuk memberi laluan kepada azan tetapi selepas itu permainan diteruskan tetapi tidak juga mengerjakan solat.

PERMAINAN golf bagi mereka yang ketagih dengan sukan boleh menenangkan jiwa itu, kadang-kala berdepan dengan pelbagai kejadian pelik tetapi benar-benar berlaku di padang golf di negara ini.

Pernah satu hari, seorang teman bersama tiga rakannya bermain golf hingga berlarutan pada waktu malam dan ketika menghampiri dua lubang terakhir, mereka terpaksa berhenti agak lama kerana ada orang lain sedang putting di atas green, kira-kira 100 meter di hadapan mereka.

Dalam permainan golf, pemain boleh membuat aduan kepada marsyal jika permainan pemain di hadapan terlalu lambat. Selepas menunggu begitu lama, empat pemain yang kelihatan seperti warga Korea itu, masih melakukan putting berkali-kali sehingga tempohnya tidak boleh diterima akal. Berikutan itu, lelaki yang bergelar Datuk tadi menghubungi rumah kelab dan mengadu kepada marsyal untuk menegur empat ‘warga Korea’ itu supaya bermain dengan laju.

Marsyal itu menjawab: “Datuk…. flight (sepasukan empat orang) Datuk adalah flight terakhir, tak ada orang lain dah kat fairway (padang) waktu ini.” Mendengar jawapan itu, mereka terus bergegas masuk ke dalam buggy dan segera pulang ke kelab, dengan tidak lagi meneruskan permainan.

Rupa-rupanya empat ‘warga Korea’ itu bukan manusia. Di kelab itu kemudian heboh mengenai kejadian aneh itu. Kapten kelab datang dan bertanya secara lembut, sama ada mereka berhenti menghayun kayu golf apabila terdengar azan Maghrib berkumandang dari masjid di pinggir kelab golf eksklusif itu.

Semuanya tergamam dan saling memandang antara satu sama lain. Bayangkan, jika waktu di padang golf itu, mereka menghampiri ‘pemain Korea’ di atas green, entah apa akan terjadi.

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Syeikh Zamihan Al-Ghari ketika diminta mengulas berkata, kemungkinan yang dilihat itu adalah malaikat atau jin Islam kerana syaitan akan lari sejauh mungkin hingga ke hujung dunia sehingga dia tidak lagi mendengar bunyi azan.

Seruan Allah mengajak kepada kebaikan dan begitu juga dengan seruan azan yang mengingatkan kepada tanggungjawab menunaikan solat. Oleh itu kejadian pelik yang berlaku kepada kepada pemain golf ini boleh dilihat sebagai bonus daripada Allah untuk menyedarkan mereka supaya berhenti sebentar untuk mendengar azan dan solat sebelum menyambung permainan. [sumber]
Tag : ,

Gambar Dirakam Bertukar Menjadi Lembaga Menyeramkan di Ipoh

IPOH – Seorang pemandu lori tidak sangka gambar yang dirakam untuk kenangan menjadi sebaliknya apabila muncul lembaga berambut panjang menggantikan wajah adiknya.

Menceritakan kejadian pada malam Jumaat minggu lalu, La’aba Lata, 38, berkata, gambar tersebut dirakam atas permintaan adiknya, Belly Lata,22, untuk mengabadikan perkataan ‘IPOH’ sebelum pulang ke Sabah.

Menurutnya, gambar tersebut dirakam pada jam 9.30 malam di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Gunung Lang.

“Ketika merakamkan gambar, saya tidak nampak apa-apa namun, ketika Belly memeriksa kamera digital dalam kenderaan, dia terus menjerit sambil kata tidak mahu lihat lagi.

“Mulanya saya berasa pelik.

Setelah melihat dengan mata sendiri, kami lihat lembaga perempuan berambut panjang seolah-olah mahu terkam adik.

“Dalam gambar itu, wajah adik tidak kelihatan langsung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, semalam.


La’aba berkata, mereka juga turut diganggu sepanjang malam selepas tiba di rumah di Taman Chepor Impian.

“Saya pernah dengar kawasan tersebut tidak sesuai untuk anak-anak kecil kerana sering diganggu sehingga menangis tapi tak sangka, saya pula yang terkena.

“Namun, malam tersebut, rumah kami pula diganggu dengan bunyi orang berjalan di atas bumbung selain bunyi orang buka pintu. Nasib baik, kami diganggu malam itu sahaja,” katanya.

Katanya, semua rakan yang melihat gambar tersebut berasa terkejut dengan imej wajah lembaga tersebut yang jelas kelihatan apabila dibesarkan. [sumber]

Tag :

Video Lawak: First Time Naik Escalator

Tag :

Kisah Teman Lelaki Yang Jahat dan Sengal

on 13 Jun 2012

Tag :

4 Hotel Paling Menyeramkan di Dunia

on 12 Jun 2012

Di sini ada beberapa buah hotel yang dikatakan paling seram dan menakutkan di dunia. Pelbagai kisah seram yang diceritakan dari hotel-hotel ini.. Nak tahu kenapa hotel-hotel ini dikatakan paling menyeramkan di dunia? meh baca ni..

1. Hotel Crescent

Dibangunkan pada tahun 1886, Hotel Crescent dipercaya sebagai hotel paling seram di Amerika. Ceritanya bermula ketika hotel ini jatuh bangkrap dan kemudian dibeli oleh Norman Baker pada tahun 1937 untuk diubah menjadi Yayasan Penyembuhan Kanser. Ramai pesakit yang datang dan yang tidak sembuh akhirnya meninggal di hotel ini. Sejak itulah, para arwah pesakit banyak yang gentayangan dan sering menampakan diri.


2. Hotel Queen Mary

Pada awalnya Queen Mary adalah kapal pesiaran mewah. Ia mampu berlayar mengharungi Lautan Atlantik kerana kecanggihannya. Saat terjadi perang, kapal ini diambil alih oleh pasukan militer “The Grey Ghost” untuk menjalankan misi perang. Saat itu Queen Mary telah berlanggar dengan kapal HMS Curacao sehingga menyebabkan kapal terbelah dua dan 300 orang anak kapal meninggal dunia. Setelah dijadikan hotel, kelihatan banyak hantu bergentayangan di Queen Mary.


3. Lizzie Borden Bed and Breakfast

Hotel ini menjadi angker pada 4 Ogos 1892, ketika seorang anak bernama Lizzie Borden membunuh secara kejam ayah dan ibu tirinya menggunakan kapak. Abby borde, ibu tirinya ditemukan mati di antara tempat tidur dan almari pakaian dekat ruang tamu. Dan ayahnya di bawah sofa. Lizzie akhirnya dihukum di Fall River dan meninggal dunia tahun 1927. Ketiga-tiga arwah tersebut kerap gentayangan mengganggu pengunjung hotel.


4. The Old Spot Hotel

Hotel ini merupakan bangunan pertama yang dibangun di Kota Grawler, Australia bagian selatan tahun 1980. Bangunan itu telah dijadikan pejabat yang menjalankan aktiviti perniagaan. Setelah beberapa tahun kemudian, gedung ini diubah menjadi hotel. Sejak itulah sering muncul kejadian-kejadian mistik misalnya penampakan hantu yang salah satunya yang sering muncul adalah hantu anak kecil. Kisah angker di Old Spot terbukti pada tahun 1990 apabila seorang tetamu dengan tidak sengaja telah menangkap 3 gambar hantu melalui kameranya. [sumber]
Tag :

Gambar Remaja Perempuan Mengutuk Ustaz Azhar Idrus di Facebook

on 11 Jun 2012

Inilah yang akan terjadi jika kurang mendalami ilmu agama. Apa yang ulama hendak sampaikan, semua nak bangkang. Astagfirullahalazim.... [sumber]

Tag :

Gempar! Video UFO Dirakamkan Berlegar di Langit Rusia


Untuk mengetahui kisah lanjut mengenai gambar UFO di atas, boleh baca di sini >> TAOTAOAJER
Tag :

Keburukan Hidupkan Aircond Sejurus Menaiki Kereta

on 10 Jun 2012


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta).

Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih-lebihan secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita. [sumber]
Tag :

Rahsia Garam Laut Mati


Di dunia ini unsur atom yang paling banyak kegunaannya ialah garam. Pada suatu ketika dahulu, garam adalah suatu bahan yang amat bernilai. Garam dijadikan barang pertukaran untuk mendapatkan barangan lain.

Dari segi sains fizik, garam mempunyai getaran dalam nada frekuensi yang amat langsing, tinggi dan halus. Warna biru dalam hukum fizik mengeluarkan nada atau bunyi-bunyian. Garam mempunyai tekanan yang tinggi dan ada juga mempunyai tekanan yang rendah dan ini boleh memudaratkan mereka yang mempunyai penyakit yang sedia ada.

Garam yang mempunyai nilai potassium yang amat tinggi seperti garam bukit yang amat masin dan digemari binatang-binatang di dalam hutan terbukti amat baik untuk amat kesihatan. Garam rendah seperti sodium pula dapat meneutralkan asid dan gas dalam badan. Laut mati yang amat masin mempunyai fungsi yang sama. Orang-orang tua zaman dahulu menggunakan garam sebagai petua menghalau unsur-unsur tekanan darah dalam julat frekuensi yang besar dan perlahan serta panas sebelum memasuki rumah kosong atau rumah baru yang telah lama tidak diduduki.

Getaran tenaga dalam tubuh manusia banyak persamaan dalam frekuensi bunyi garam. Garam sebenarnya dijadikan sebagai peneutral kepada bahan-bahan yang berasid. As-Sunnah atau amalan Nabi SAW dan orang-orang tua mempraktikkan secubit garam ke dalam lidah sebelum dan selepas makan untuk memastikan bahan-bahan pemakanan yang rendah frekuensinya menjadi lebih tinggi. Rasa atau zat makanan akan dapat dimaksimumkan kerana enzim di dalam perut turut meningkat dengan keperluan sistem penghadaman. Dari itu kita dapat mengelakkan daripada beberapa penyakit seperti gastrik yang disebabkan oleh asid amino yang berlebihan.

Garam juga adalah rahsia kristal yang mempunyai cahaya yang bersinar-sinar. Batu-batu kristal perlu dicuci dengan garam agar ia bercahaya semula. Andaikata ini tidak dibuat maka kristal akan menjadi pudar dan malap. Begitu juga tubuh badan kita jika amalan mandi air garam dijadikan sebagai satu keperluan harian maka kita akan merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.

Perakam Tenaga Bunyi

Manusia sememangnya secara semulajadi mempunyai frekuensi bunyi yang amat berbeza di dalam tubuh. Oleh itu, tubuh perlu melakukan amalan ini. Belum ada fakta saintifik yang rasmi mengatakan garam adalah penyebab tekanan darah tinggi dan punca segala penyakit berjangkit. Tetepi valensi atau gabungan antara garam dan pemakanan masam akan membantu keasidan dan keracunan yang menyebabkan pembiakan bakteria yang tidak diperlukan di dalam usus. Garam sebenarnya amat berfaedah kepada manusia. Hukum fizik meletakkan garam sebagai perakam tenaga bunyi yang dirakam pada kristal dan tulang belulang di dalam tubuh.

Tulang sulbi manusia yang terletak di bahagian pinggul juga adalah satu kristal yang akan merangsang deria seksual. Garam adalah pemangkin atau penggalak kepada mana-mana unsur yang lemah. Garam akan melunturkan atau meleraikan kekotoran dan ia amat berkesan di dalam kuasa pembersih yang amat penting di zaman ini. Garam mempunyai kuasa peluntur yang mesra alam atau dapat diterima semula untuk menyuburkan tanah.

Garam dalam konsep mandian seperti di Laut Mati sebenarnya adalah teori pemendapan basah. Semua radiasi yang berada dalam tubuh manusia akan terlerai dan terserap ke dalam air serta dirakam di dalam bumi atau tanah. Seumpama buah oren yang masam atau buah yang mengandungi vitamin C berlebihan akan dapat dineutralkan asidnya jika direndam ke dalam ais yang bergaram. Anda yang berpenyakit sepatutnya berendam di dalam air garam yang mempunyai ais dengan rakaman tenaga getaran ros putih sebagai pemangkin untuk merangsang kelajuan sistem saraf bagi membolehkan pergerakan elektron dan proton di dalam dan luar tubuh manusia. Anda pasti merasa segar di samping memiliki kulit yang halus serta tulang yang kuat.

Perut yang berasid akan membuatkan sistem otot, tulang dan saraf teroksid dan ini akan membuatkan si pesakit menjadi kejang, lengoh, kebas, sengal-sengal, bisa-bisa tulang dan sebagainya. Keadaan ini akan mengganggu tidur dan konsentrasi. Jika ini berterusan, pesakit akan menghadapi tekanan fikiran yang menjadi penyebab kepada tekanan darah.

Jika dibuat perbandingan dalam apa juga sudut semulajadi mengenai lautan, Laut Mati merupakan sebuah tasik yang amat berbeza dengan mana-mana lautan yang ada di muka bumi ini. Dari sudut sains fizik di bahagian dasarnya mempunyai tekanan yang paling tinggi manakala pada bahagian atas permukaannya pula mempunyai tekanan yang rendah. Pergerakan ke atas berlaku pada kadar yang amat kuat dan ini tidak membenarkan tarikan graviti berlaku secara biasa.

Ini menyedarkan kita tentang reaksi air dalam mengeluarkan kawasan angin dalam lingkungan yang lain untuk mempertahankan bumi ini. Tubuh atau bumi mempunyai frekuensi bunyi yang berbagai-bagai tetapi apabila tidak dialirkan dengan ais sebagai penstabil maka ia tidak subur apatah lagi manusia semakin hari semakin tidak sihat. Adalah memeranjatkan bilamana di dapati bahagian dasarnya mempunyai kandungan garam yang masin sehingga tidak membenarkan tumbuh-tumbuhan untuk hidup dan melakukan fotosintesis bagi mengeluarkan oksigen. Bahagian dasarnya lebih sejuk dengan warna biru kehitaman, walaupun ia tidak sedalam seperti di mana-mana lautan. Frekuensi bunyi dalam julat di bawah 20Hz membuatkan bahagian dasarnya menjadi lebih stabil.

Orang yang berpenyakit sebenarnya mempunyai banyak kandungan asid dan gas di dalam badannya. Di dalam keadaan yang tidak stabil ini bahagian perut akan mengalami suhu yang tinggi dengan tekanan yang rendah. Sesuatu objek atau bahantara mendadak akibat daripada pembiakan bakteria yang berlebihan mengeluarkan gas lengai.

Faktor yang membuatkan tubuh hilang kekuatan, graviti atau keseimbangan yang sepatutnya berada pada tenaga asli yang sebenarnya. Amalan merasa secubit garam sebelum dan sesudah makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu dan di pam atau diberikan tekanan melalui sistem pembersihan buah pinggang. Berendam dengan air garam akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan sistem darah. Kadar pengoksidan di dalam darah juga akan menjadi tidak seimbang dan ini akan mendedahkan tubuh kepada pelbagai tekanan.

Manfaat mandian cara ini akan menjimatkan perbelanjaan daripada pemakanan kesihatan 0.4 mg asid folik, 2 mg vitamin B6, vitamin B12 dan vitamin B yang lain serta vitamin B Kompleks. Teori fizik membuat kesimpulan bahawa apabila kita berada di permukaan Laut Mati maka tubuh dengan reseptor kulit akan menyerap dan merakamkan semula suhu dan tekanan di dalam tubuh pada tahap asal.

Ini bermakna tubuh yang dipenuhi racun dan bahan kimia hasil daripada pembiakan bakteria yang mengeluarkan asid berlebihan sehingga terbentuk gas-gas yang menyerap oksigen akan mendapat tenaga semulajadi yang asli. Orang yang berpenyakit lebih sensitif untuk merasai berbezaan semasa melakukan aktiviti terapung di atas permukaan Laut Mati.

Suatu hari nanti Semenanjung Arab akan menjadi kawasan yang amat subur hasil gerakan ais dari utara menuju Laut Mati dan Laut Mediteranean serta hasil julatnya atau garam dan ais inilah kesuburan tanah persekitarannya akan terjadi secara luar biasa. Rahsia ais dalam mengeluarkan kawasan kuasa angin dalam frekkuensi bunyi yang berbagai-bagai, tetapi apabila tidak dipertenagakan dengan pertemuan ais dan garam maka tanah tidak menjadi subur apatah lagi manusia yang semakin tua dan uzur. [sumber]
Tag :

Renungan Maghrib: 11 Orang yang Mendapat Doa Malaikat


Di bawah ini merupakan 11 golongan yang didoakan oleh Malaikat. Adakah anda tergolong sama? Jika tidak, sama-sama lah kita muhasabah diri kita.

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

[sumber]
Tag :

Lawak: Bodoh English Tahap Gaban


Tag :

Akibat Duit Syiling 50 Sen

on 9 Jun 2012

Pada suatu hari Jumaat yang hening, Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat. Mak Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pun makan tengahari di rumah, adapun perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya.


Amat pun membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang hensem itu, lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Amat pun ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya.

Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya. Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.

Amat pun menunaikan sembahyang solat berjemaah itu. Semasa para jemaah rukuk termasuk Amat sekali, tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya. Risau bila fikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu, Amat pun berbisik kepada orang dihadapannya....

Amat: "jangan ambik duit aku tu, aku nak buat tambang balik nanti" lalu orang itu pun menjawab…

"Alah, setakat 50 sen aku tak heran la, tak der sape nak ambik duit kau tu". Lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam solat dan dia pun berkata…

"eh korang ni, dalam solat mana boleh bercakap!" Selepas itu, ada seorang lagi menyampuk...

"Yang kau bercakap tu aper?"

Sudah terang-terangan, solat mereka semua tidak sah. Semuanya akibat duit syiling 50 sen. Kesimpulannya, jangan bercakap sewaktu tengah bersolat ye.. hehe [sumber]
Tag : ,

Penjara Paling Nikmat di Dunia (7 Gambar)

Penjara Halden di Norway ini dikatakan sebagai penjara termoden di Eropah (bermaksud mungkin yang termoden di dunia). Fasilitinya pula lebih moden dan indah berbanding sesetengah universiti di Malaysia.

Penjara ini menempatkan kira-kira 125 banduan dan menelan belanja kira-kira $230 juta. Antara mereka ada yang disabitkan kesalahan membunuh, merogol, mengedar dadah dan lain-lain jenayah. Tapi tidak seperti penjara di negara-negara lain yang menghukum penjenayah, penjara ini bertujuan untuk mengajar mereka menjadi manusia yang lebih baik.

Di penjara ini bilik disediakan untuk banduan yang dilengkapi dengan bilik air, peti sejuk dan tv flat screen. Tingkapnya pula tidak dipasang dengan jeriji besi. Di persekitaran penjara yang berkeluasan 75 ekar ini pula, pokok-pokok ditanam untuk mengurangkan perasaan dikurung pada banduan dan disediakan laluan untuk berjogging.


Banduan pula bebas untuk melakukan aktiviti seperti bercucuk tanam, membela ternakan, barbecue, menyediakan makan malam sendiri (mereka dibenarkan menggunakan pisau), memotong kayu, menunggang kuda dan bermacam-macam lagi. Walaupun kawalan security adalah yang terbaik, namun ianya dijalankan dalam keadaan sembunyi untuk membentuk perasaan komuniti kepada banduan. Tidak seperti pengawal penjara yang pain in the ass seperti dalam cerita Prison Break, hubungan antara mereka dan banduan dibentuk kuat. Pengawal penjara tidak membawa pistol, memanggil banduan dengan nama pertama, dan juga bersukan dan makan bersama banduan.

Mungkin ada yang berpendapat dengan wujudnya penjara seperti ini, orang ramai tidak akan kisah jika ditangkap apabila melakukan jenayah, kerana sekurang-kurangnya penjara yang disediakan mungkin lebih baik berbanding sesetengah rumah mereka. Jadi adakah penjara di Norway ini berkesan untuk mengurangkan kadar jenayah dan melindungi keselamatan orang awam?

Well, statistik tidak berbohong. Hanya 20% banduan yang dibebaskan melakukan jenayah semula dan 80% lagi keluar untuk menjalani kehidupan normal dan menjadi manusia yang lebih baik, berbanding kira-kira 50 hingga 60% banduan di UK dan US yang melakukan kesalahan jenayah semula. Norway juga mencatatkan kadar jenayah antara yang terendah di seluruh dunia. [sumber]






Tag :
 
© Yummy Info! | All Rights Reserved
D.I.Y Themes ByBelajar SEO